Wednesday, September 9, 2015

Minggu Pertama

10 September 2015.

Kelas pertama dan minggu pertama untuk semester yang ketiga. Kami diberi tugasan untuk menghasilkan blog bagi kursus Internet & Pengajaran. Di dalam kursus ini pelajar akan diperkenalkan dengan sejarah dan penggunaan internet dalam pengajaran. Tumpuan kursus ini adalah kepada teori - teori pembelajaran yang menjadi asas penggunaan Internet dalam bilik darjah khususnya cognitive apprenticeship, fleksibiliti kognitif, mind tools dan konstruktivisme. Pelajar akan meninjau beberapa cara dan penggunaan peralatan internet dalam pengajaran seperti emel, bilik sembang, papan pernyataan elektronik dan pelbagai sumber yang terdapat World Wide Web. Pelajar juga didedahkan kepada cara menilai laman web serta pembinaan laman web. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Chin Hai Leng. Terdapat 11 orang pelajar yang mendaftar bagi kursus ini. 4 orang pelajar terdiri daripada pelajar tahun pertama. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke Universiti Malaya.

0 comments:

Post a Comment