Wednesday, November 18, 2015

Minggu Kesepuluh

19 November 2015

Kelas bermula seperti biasa, 11-2 petang.Ini merupakan entri terakhir untuk subjek Internet & Pengajaran. Topik yang kami pelajari pada hari ini ialah Pengajaran Berkesan. Melalui topik ini kami berkongsi pengalaman tentang guru kegemaran ketika zaman persekolahan dan kenapa guru tersebut menjadi pilihan. Terdapat banyak faktor yang menjadikan seorang guru itu digemari antaranya ialah guru yang dapat bertolak ansur, tidak terlalu tegas, kelakar serta banyak lagi faktor yang positif. Guru yang baik ialah guru yang tidak melabel pelajar mereka. Apabila seorang guru melabel pelajar mereka ini akan menimbulkan konflik semasa sesi pembelajaran. Guru perlu bijak berinteraksi bersama pelajar supaya sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Kemahiran mengajar sangat penting dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah sahsiah diri.Dikesempatan ini saya dan rakan - rakan ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Chin di atas segala tunjuk ajar sepanjang semester ini. Diharap kita dapat berjumpa lagi di lain semester :)

Wednesday, November 4, 2015

Minggu Kesembilan

5 November 2015.

Kelas bermula seperti biasa hari ini. Pelajar terakhir mengadakan pembentangan tentang kebaikan laman web dan juga rancangan pengajaran harian. Banyak input yang disampaikan melalui pembentangan ini. Ini merupakan kelas terakhir sebelum kami bercuti selama seminggu untuk pertengahan semester. Selamat bercuti kawan - kawan :)





Interaksi dalam kelas. Hehehe

Tuesday, October 27, 2015

Minggu Kelapan

28 Oktober 2015.

Kelas pada minggu ini diawalkan sehari. Kelas bermula jam 11.30 - 2.30 petang. Pada hari ini setiap kumpulan membentangkan tugasan kami yang ketiga. Sepanjang pembentangan banyak aktiviti yang dijalankan. Antara topik - topik yang diajar ialah buah - buahan, anggota tubuh badan dan haiwan. Melalui tugasan ini, kami dapat belajar cara mengawal situasi di dalam kelas. Aktiviti menyanyi dan menari juga dapat menarik perhatian pelajar khususnya kanak - kanak.

CONTOH KANDUNGAN PEMBENTANGAN



SET INDUKSI









AKTIVITI BERTULIS



'HANDS ON' AKTIVITI


Wednesday, October 21, 2015

Minggu Ketujuh

22 Oktober 2015.

Kelas hari ini dimulakan dengan pembentangan oleh 2 orang pelajar yang masih berbaki. Dr Chin membuat senarai semak berkenaan topik yang belum diajar. Seterusnya kami menerangkan secara ringkas tentang Racangan Pengajaran Harian yang telah dimuat turun di dalam laman web Blendspace pada minggu lepas. Ini merupakan tugasan berkumpulan dan juga tugasan yang ketiga bagi kami. 

Dr Chin juga memperkenalkan kami dengan laman web seperti Glogster, Wordpress yang boleh dijadikan medium untuk digunakan sewaktu pembentangan. Laman web ini memudahkan pelajar untuk memuat turun bahan - bahan yang ingin digunakan sekaligus menyusun atur mengikut urutan.








Wednesday, October 14, 2015

Minggu Keenam

15 Oktober 2015.

Dr Chin memberi arahan untuk menyiapkan tugasan kami yang ketiga. Kami dikehendaki mendaftar Blendspace serta memuatnaik rancangan pengajaran harian ke dalam laman web tersebut. Seperti biasa kelas bermula dari jam 11 - 2 petang.








Minggu Kelima

7 Oktober 2015.

Pembentangan Pertama.

Merupakan hari pembentangan individu. Tajuk yang dibentang adalah Kelebihan dan Kelemahan laman web. Setiap individu diberikan tugasan untuk mencari 3 laman web pembelajaran dan membuat perbandingan.













Contoh Slaid Pembentangan 





Wednesday, September 30, 2015

Minggu Keempat.

1 Oktober 2015

Tiada kelas pada minggu ketiga 24 September 2015 kerana umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Seperti biasa kelas bermula dari jam 11 - 2 petang. Topik yang kami pelajari pada hari ini ialah Kandungan Pelajaran Teknologi Pedagogi.

Teknologi Pedagogi.

Teknologi pedagogi ialah cara guru - guru berfikir tentang pegetahuan yang perlu difahami untuk mengintegrasikan teknologi secara berkesan di dalam bilik darjah, (Mishra & Koeler,2008) Guru - guru yang dapat mengamalkan teknologi pedagogi merupakan guru yang kreatif, fleksibel serta boleh menyesuaikan diri dalam menangani kekangan dan interaksi rangka kerja.

Kandungan Pelajaran. 

Kandungan pelajaran ialah pengetahuan guru tentang perkara yang perlu dipelajari / diajar.
Ilmu merangkumi pengetahuan konsep, teori, idea-idea, rangka kerja organisasi, pengetahuan keterangan,bukti dan amalan.

Pengetahuan Pedagogi

Pengetahuan yang mendalam guru tentang proses, amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan tentang bagaimana pelajar belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah umum, Persediaan mengajar, penilaian pelajar, pengetahuan mengenai teknik atau kaedah yang digunakan di dalam kelas, sifat audiens sasaran dan strategi untuk menilai kefahaman pelajar.memahami Bagaimana pelajar membina pengetahuan, memperoleh kemahiran, bagaimana mereka membentuk tabiat berfikir dan pelupusan positif terhadap pembelajaran.
Memerlukan pemahaman kognitif, sosial, teori-teori perkembangan pembelajaran dan bagaimana ia digunakan  kepada pelajar-pelajar di dalam kelas.

Kandungan Pedagogi Pengetahuan

Guru menafsirkan perkara penting melalui pelbagai cara dengan menyesuaikan diri dengan bahan - bahan pengajaran untuk konsep alternatif dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Hubungan antara idea-idea yang berbeza berasaskan kandungan, pengetahuan sedia ada murid, strategi pengajaran alternatif, dan fleksibiliti untuk meneroka kaedah alternatif untuk melihat idea yang sama atau masalah yang timbul bagi teknik pengajaran yang berkesan.

Pengetahuan Teknologi

Bekerja dengan alat teknologi dan sumber memerlukan kefahaman dan penguasaan teknologi maklumat untuk pemprosesan maklumat, komunikasi, dan penyelesaian masalah.

Kandungan Pengetahuan Teknologi

Memahami kesan teknologi ke atas latihan dan pengetahuan yang diberikan.
Disiplin adalah penting untuk membangunkan alat-alat teknologi yang sesuai bagi tujuan pendidikan.

Guru-guru perlu menguasai lebih daripada perkara yang mereka ajar  serta mempunyai pemahaman yang mendalam tentang cara bagaimana sesuatu perkara (atau jenis perwakilan yang boleh dibina) boleh diubah dengan menggunakan teknologi tertentu.
Guru perlu memahami bahawa teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani sesuatu perkara pembelajaran dalam domain mereka dan bagaimana kandungan yang ditetapkan atau mungkin juga perubahan teknologi.
Proses pengajaran dan pembelajaran boleh berubah apabila teknologi tertentu yang digunakan dalam cara yang tertentu.
Pemahaman kemampuan teknologi dan bagaimana mereka boleh dimanfaatkan secara berbeza mengikut perubahan dalam konteks dan tujuan.
TPK memerlukan pemikiran kreatif,terbuka dan pandangan yang jauh tentang penggunaan teknologi, demi memajukan pembelajaran pelajar dan pemahaman.