Wednesday, November 18, 2015

Minggu Kesepuluh

19 November 2015

Kelas bermula seperti biasa, 11-2 petang.Ini merupakan entri terakhir untuk subjek Internet & Pengajaran. Topik yang kami pelajari pada hari ini ialah Pengajaran Berkesan. Melalui topik ini kami berkongsi pengalaman tentang guru kegemaran ketika zaman persekolahan dan kenapa guru tersebut menjadi pilihan. Terdapat banyak faktor yang menjadikan seorang guru itu digemari antaranya ialah guru yang dapat bertolak ansur, tidak terlalu tegas, kelakar serta banyak lagi faktor yang positif. Guru yang baik ialah guru yang tidak melabel pelajar mereka. Apabila seorang guru melabel pelajar mereka ini akan menimbulkan konflik semasa sesi pembelajaran. Guru perlu bijak berinteraksi bersama pelajar supaya sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Kemahiran mengajar sangat penting dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah sahsiah diri.Dikesempatan ini saya dan rakan - rakan ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Chin di atas segala tunjuk ajar sepanjang semester ini. Diharap kita dapat berjumpa lagi di lain semester :)

0 comments:

Post a Comment